TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN

TAJUK:  Perpaduan dalam keluarga

  • Perpaduan dalam keluarga penting untuk wujud sesebuah keluarga yang bahagia . Perpaduan boleh ditunjukkan dengan meyambut hari khas keluarga, berkongsi suka duka, mengadakan aktiviti keluarga, dan memberi sokongan kepada anggota keluarga.

AKTIVITI KELUARGA

  • Melakukan aktiviti bersama-sama pada hujung minggu dan masa cuti
  • Semua ahli keluarga mesti meluangkan masa

Cth: melancong,bergotong –royong,beriadah,bersukan

SAMBUTAN HARI KHAS DALAM KELUARGA

  • Membuat perancangan dan persiapan bersama-sama
  • Menghulurkan bantuan untuk menjayakan hari khas keluarga

Cth: hari lahir, ulang tahun perkahwinan, hari ibu/hari bapa

BERKONGSI SUKA DUKA

  • Sokongan penting untuk member semangat kepada ahli keluarga
  • Setiap masalah perlu dikongsi dan diselesaikan bersama-sama

Cth: menerima anugerah,kematian,menyertai pertandingan

SOKONGAN ANGGOTA KELUARGA

  • Sokongan boleh bersifat kebendaan dan moral
  • Setiap keputusan ahli keluarga perlu disokong
  • Sentiasa menghargai sokongan yang diterima

Cth: memberi nasihat dan motivasi,menyelesaikan konflik dalam keluarga,kasih sayang dan bimbingan

CARA-CARA MENJALIN PERPADUAN DALAM KELUARGA

  • Mengamalkan ajaran dan suruhan agama
  • Mengamalkan sikap kasih sayang dalam anggota keluarga
  • Saling menghormati antara anggota keluarga
  • Bersikap prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain
  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Memahami tingkah laku setiap ahli keluarga

PERANAN IBU BAPA

  • Mencari nafkah untuk  keluarga
  • Menyediakan tempat perlindungan untuk keluarga
  • Memberi  pendidikan untuk anak-anak
  • Memberi sepenuh kasih sayang kepada ahli keluarga

PERANAN ANAK-ANAK

  • Mematuhi nasihat ibu bapa
  • Saling membantu dalam keluarga
  • Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan ahli keluarga
  • Mendoakan kesejahteraan ibu bapa